Tips Penjagaan Bibir Supaya Cantik Dan Sihat


Hai semua kesayangan Si Bibir Cantik!

Kali ni nak share dengan kesayangan semua tips penjagaan bibir supaya sihat dan cantik dan seksi! agichuu..

Bahagian paling sensitif pada anggota badan manusia ialah BIBIR. Paling mudah rosak akibat daripada suhu sekeliling dan penggunaan solekan bibir yang kerap. Sama ada suhu terlalu sejuk atau terlalu panas, berada dalam bilik berhawa dingin dengan lama, asap kenderaan, warna-warna lipmatte dan lipstik korang tu.. semua tu penyebab bibir cepat jadi gelap, kering dan mengelupas.

Antara penyebab bibir merekah, kering, gelap dan tak cantik ialah:
  •  Sentiasa menjilat bibir dengan kerap
  • Kurang minum air
  • Bernafas melalui mulut
  • Bahan SLS (sodium lauryl sulphate) yang terdapat banyak dalam ubat gigi
  • Pengambilan vitamin A berlebihan
  • Asid buah-buahan
  • Elergik
  • Pendedahan pada cahaya matahari
  • Produk kosmetik
  • Ubatan yang mengandungi bahan tertentu yang buat bibir jadi kering
  • Merokok

Antara tanda bibir tak sihat ialah:
  • Bibir merekah
  • Bibir terasa pedih dan luka
  • Bibir kering dan tanggal kulit-kulit
  • Ada daki-daki pada bibir (kulit lama yang belum tanggal)
  • Bibir jadi kuping-kuping


Untuk sentiasa menjaga bibir supaya sentiasa sihat, segar dan cantik cuba amalkan beberapa langkah penjagaan bibir ini di rumah.

1.       GULA

Gula adalah bahan pelembut semula jadi yang sesuai untuk menanggalkan sel kulit mati dari permukaan bibir. Campurkan serbuk gula dengan sedikit madu, dan sapukan perlahan pada bibir sambil gosok-gosok manja hingga tanggal semua kulit-kulit lama yang kusam tu.
Lakukan beberapa kali dan bilas guna air biasa.

2.       MADU

Madu adalah pelembap bibir terbaik. Madu mempunyai sifat anti-bakteria semula jadi yang mampu membantu rawat bibir pecah dan pedih. Sapukan madu dengan nipis pada permukaan bibir pada setiap hari kemudian hanya lap sahaja lebihan madu tak perlu dicuci. Biar ia meresap ke dalam bibir dan merawat bibir.

3.       KELOPAK BUNGA ROS

Kaedah kelopak bunga ros ini membantu menjadikan bibir licin dan segar. Ambil beberapa kelopak bunga ros, rendam dalam air hingga terserap kemudian campurkan kelopak tadi dengan sedikit susu dan hancurkan jadikan ia pes. Sapu pada bibir sebelum masuk tidur. Esoknya anda akan dapati bibir jadi lembap dan kelihatan sangat sihat. Lakukan setiap hari jika mampu.

4.       MINYAK KELAPA

Minyak kelapa merupakan pelembap semula jadi yang dapat legakan bibir merekah dan kering disebabkan cuaca sejuk dan kering. Sapukan minyak kelapa asli pada permukaan bibir beberapa kali dalam sehari untuk pastikan kelembapan bibir sentiasa pada tahap optimum. Jika tidak suka bau minyak kelapa, boleh gantikan dengan minyak zaitun.

5.       ALOE VERA GEL

Semua orang tahu bahawa aloe vera ni sangat membantu untuk legakan bibir kering. Ia adalah ejen anti-keradangan yang sesuai untuk bibir merekah yang telah terasa pedih.
Sapukan gel aloe vera pada permukaan bibir dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air biasa. Lakukan beberapa kali.

6.       TIMUN

Bahan penyejuk yang ada pada timun mampu menjadikan bibir anda segar dan menawan! Sama ada nak dibuat pes dan kemudian sapu pada bibir, atau potong nipis-nipis dan letak macam mask pada bibir pun boleh. Bilas dengan air suam yang kurang sedikit panasnya.



Apa-apa pun penggunaan serum atau vitamin E sangat penting untuk dapatkan bibir sihat dan menawan sepanjang masa. Antara serum vitamin E paling best Si Bibir Cantik nak suggest ialah Magic iLips.

Magic iLips (RM 35.00)


Bagi mereka yang nak dapatkan Magic iLips ni klik je link kat bawah ni:


2. Shopee





Comments

Popular posts from this blog

Kaki Skodeng Pasang Kamera Dalam Tandas Perempuan??

FAKTA MENARIK TENTANG BIBIR

Tips Dapatkan Bibir Cantik Macam Neelofa