FAKTA MENARIK TENTANG BIBIR

Si Bibir Cantik

Assalamualaikum kesayangan semua. Kali ni Si Bibir Cantik nak kongsi dengan korang berkenaan FAKTA MENARIK TENTANG BIBIR. Apa yang korang perlu tahu pasal bibir? Kenapa nak kena tahu pulak? Haa… supaya korang lebih peka macam mana nak jaga bibir korang tu nanti supaya tak kering mengelupas lepas tu beli lipmatte kaler cun-cun tapi bila pakai bibir kering kuping-kuping tak cantiks macam dalam model iklan itew..


Perkara pertama korang perlu tahu pasal bibir ialah:

1.      Bibir ni 100 kali lebih sensitive dari hujung jari kita

·       Kalau kita tersentuh air panas ke.. tercucuk jarum ke dengan hujung jari, sakit kan? Kalau kena pada bibir, lebih pedih lagi. Jadi, kalau bibir kita selalu terdedah kepada cahaya UV yang merosakkan sel kulit bibir, maka bibir korang akan kelihatan kering, kusam, ada kedut-kedut kat bibir, dan paling tak best setiap kali pakai solekan bibir, ada kuping-kuping macam sisa makanan. Euww..

2.      Bibir kering dengan cepat sebab tiada kalenjar peluh di sekitar bibir

·       Di mana-mana kawasan tubuh kita, akan ada kalenjar peluh dan juga kalenjar minyak yang menjadikan kulit kita lembap. Tapi TIDAK bagi kawasan bibir. Sebab tu lah bibir akan cepat kering. Dan perbuatan menjilat bibir hanya akan lebih mengeringkan bibir korang tu.

3.      Tanda bibir setiap orang adalah unik!

·        Apa yang korang tahu pasal tanda bibir ni? Haa… cuba sapu bibir korang dengan lipstick, kemudian ambik kertas tekap bibir korang tu. Akan nampak garis-garis yang terhasil macam cap jari tu kan? Itulah tanda bibir korang. Setiap orang mempunyai tanda bibir yang berbeza antara satu sama lain. Menarik kan?


4.      Bibir kelihatan pink sebab ada urat darah di bahagian dalam bibir kita

·       Semulajadinya semua orang memiliki bibir yang berwarna pink. Walaupun orang itu berkulit gelap sekalipun, bibirnya tetap kelihatan lebih cerah. Yang menjadikan bibir seseorang tu gelap, hitam, kusam, masam adalah disebabkan pemakaian solekan bibir yang mempunyai bahan kimia terlarang dan juga penjagaan bibir yang kurang sempurna. (Nanti Si Bibir Cantik akan share pulak pasal penjagaan bibir paling sempurna gitew!)

5.      Terakhir sekali, korang kena tahu bahawa bibir kita akan kehilangan keanjalan (atau keseksian bentuk bibir) tahun demi tahun

·         Sebab tu kita tengok wanita ni semakin meningkat usia, bibir dia akan mengecut dan menipis kan. Bab ni kita sebagai orang Islam kena redha lah. Perjalanan hidup dah memang begitu. Jangan kau suntik-suntik pulak bibir kau tu. TAPI…. Kalau korang amalkan penjagaan bibir yang sempurna, insyallah keanjalan dan bentuk bibir korang yang seksi tu akan lambat hilang.



Jumpa lagi untuk perkongsian yang seterusnya, Si Bibir Cantik undur diri dulu. Nak scrub bibir jap. Tata titi tutu…. Mmmuah!

Salam sayang you all.









Comments

Popular posts from this blog

Kaki Skodeng Pasang Kamera Dalam Tandas Perempuan??

Tips Dapatkan Bibir Cantik Macam Neelofa