Cara Menjadikan Bibir Anda Kelihatan Lebih Besar Dan Seksi Secara Semula Jadi


Si Bibir Cantik


Hai semua kesayangan!

Untuk post kali ni Si Bibir Cantik nak share dengan korang macam mana nak menjadikan bibir kelihatan lebih seksi secara semula jadi. Omputeh cakap pouty lips gitchu… Ada sesetengah perempuan ni taksub sangat nak bibir cantik sampai sanggup inject filler. Tapi korang toksah la ye buat benda-benda gitu. Takut jangka masa panjang bibir kau serupa punggung beruk.

Baik, selain teknik make-up yang digunakan untuk buat contour pada bibir supaya kelihatan lebih besar, berbentuk dan seksi, korang tau tak ada beberapa tips yang sebenarnya korang boleh buat sendiri. Dan paling best sebab ianya SEMULA JADI! Cuma ia bukanlah bersifat permanent. So korang kena buat selalu setiap kali nak pakai korang punya lipmatte, lipstick dan senagkatan dengannya.
Ini adalah beberapa tips yang korang boleh cuba di rumah:

1.       BUANG KULIT MATI (EXFOLIATE)

Ini adalah langkah paling asas dan paling penting untuk menjadikan bibir korang tu licin. Buang semua kulit mati yang ada pada permukaan bibir. Semakin tebal kulit lama ada pada permukaan bibir, maka semakin gelap dan saiz bibir akan kelihatan lebih kecil dan tua.
CARA: Gunakan hujung towel kecil yang dibasahkan dan gosok pada permukaan bibir hingga licin. Korang akan nampak kulit-kulit lama akan tertanggal dari bibir. Boleh juga guna berus gigi baru yang mempunyai berus lembut untuk buang kulit lama pada permukaan bibir.
KESAN: Bibir akan kelihatan pink sedikit akibat peredaran darah yang lancar pada bibir setelah proses exfoliate yang korang buat tadi. Dan permukaan bibir lebih licin dan lembut. Lakukan proses ini setiap hari sebelum tidur dan bangun pagi. Atau sebelum calit apa-apa solekan bibir.


2.       SENTIASA BERHIDRASI (MINUM AIR MASAK YANG CUKUP)

Perasan tak bila kita kurang minum air, bibir kita akan jadi kering ya amat. Lepas tu merekah sebab kering. Bila bibir dah merekah, pedih pulak bila pakai lipstik kat bibir. Bibir pun nampak buruk bila merekah. Jadi cara terbaik, minumlah air masak mencukupi ke mana saja korang pergi.

KESAN: Bibir akan kelihatan lebih lembap dan sihat jika kita minum air masak mencukupi


3.       LUKIS GARIS BIBIR LEBIH BESAR DARI GARIS BIBIR ANDA

Untuk menjadikan bibir kelihatan lebih besar, pakai concealer pada sekitar bibir korang masa make-up tu, kemudian lukis garis bibir di luar garisan bibir sebenar korang.

Boleh rujuk video bawah ni untuk tengok contoh macam mana dia buat garisan bibir dengan kemas dan lantas menjadikan bibir kelihatan lebih pouty dan seksi.




4.       LAPISKAN DENGAN SEDIKIT GLOSS BIBIR

Okay, ni antara teknik yang mampu menjadikan bibir kelihatan penuh dan pouty lepas korang pakai solekan bibir. Gunakan sedikit gloss pada bahagian tengah bibir anda untuk efek yang lebih seksi pada bibir. Jangan guna gloss yang ada warna terang, seeloknya gunakan gloss yang mempunyai warna natural.

Antara natural lipgloss yang sesuai ialah Magic iLips. Kilauan gloss yang sedikit di bahagian tengah bibir angkat mengangkat cahaya lantas menjadikan pout bibir korang kelihatan penuh dan seksi.
Magic iLips (RM 35.00)



5.       GANDAKAN WARNA NUDE PADA BIBIR

Untuk mendapatkan bibir yang kelihatan lebih besar, seksi, pouty dan plumpy, apa yang korang perlukan ialah dimensi pada bibir sis!

CARA: sapukan warna nude seluruh bibir, dan di bahagian tengah tu lapiskan dengan warna yang lebih terang seakan-akan warna putih pada bahagian tengah bibir sahaja.
Rujuk gambar di bawah:


  
Sekiranya korang mempunyai bibir atas yang lebih besar atau sebaliknya, cuba untuk calit warna terang tu hanya pada bahagian bibir yang kecil itu sahaja untuk buat dimensi pada bibir.


6.       AKHIR SEKALI, JANGAN TINGGAL LIP BALM

Dalam banyak-banyak tips, korang akan selalu dengar untuk sentiasa lembapkan bibir. Sebab tu dalam point no 2 tadi disuruh minum air masak secukupnya. Pemakaian lip balm juga amat penting untuk dapatkan tekstur bibir yang lembap dan halus.

Bibir yang sihat selalunya akan buat make-up pada bibir kelihatan lebih sempurna dan kelihatan lebih cantik.


Okay korang, itu saja perkongsian Si Bibir Cantik kali ni. Jumpa lagi untuk perkongsian kecantikan bibir seterusnya. Salam sayang you all. Mmmuah...!


Untuk dapatkan Magic iLips, klik link di bawah ini:


2. Shopee



Comments

Popular posts from this blog

Kaki Skodeng Pasang Kamera Dalam Tandas Perempuan??

FAKTA MENARIK TENTANG BIBIR

Tips Dapatkan Bibir Cantik Macam Neelofa