Kaki Skodeng Pasang Kamera Dalam Tandas Perempuan??
Hai semua kesayangan!
Kali ni Si Bibir Cantik nak kongsi pasal satu perkara supaya
semua gadis-gadis berhati-hati bila guna tandas awam. Sekarang ni ada satu
group besar di Telegram yang menyebarkan video-video rakaman dari kamera
tersembunyi yang diletakkan dalam tandas perempuan.
Dekat tandas Petronas, Shopping Mall, tandas surau dan
masjid, tandas universiti..
Kat mana-mana pun korang masuk, selagi mana tandas tu boleh
digunakan oleh ramai orang, korang please
berhati-hati.
Kamera yang digunakan untuk perbuatan terkutuk ni dah dijual
secara meluas. Jadi sangat senang diorang nak dapatkan kamera tersembunyi ni
dan letak di dalam tandas perempuan.
Gambar kat bawah ni adalah antara jenis kamera tersembunyi
yang diorang gunakan:
Kesemua kamera tersembunyi ini menggunakan wifi dan orang
yang pasang kamera bedebah ni akan dapatkan video rakaman hanya guna wifi
sahaja.
Diorang ni buat benda ni sebab bisnes je. Siapa nak rakaman
tu kena bayar RM100 untuk masuk dalam group telegram tu dan bayaran tu hanya
sekali sahaja seumur hidup. Jijik kan?!
group telegram bedebah
Korang tengok YouTube RAYNA MN ni, dia explain macam mana
nak detect kalau ada kamera tersembunyi dalam tandas awam dan apa perlu buat
sebagai langkah berjaga-jaga supaya korang tidak terakam oleh kamera
tersembunyi ni.
Berhati-hati ya semua!
Comments
Post a Comment