CARA TERBAIK LEGAKAN BIBIR MEREKAH




Hai semua kesayangan Si Bibir Cantik!

Untuk post kali ni, kami nak share lah tentang macam mana nak legakan dan baik pulih bibir yang merekah. Bila bibir kita merekah, pedih kan bila kita nak makan. Apatah lagi bila kita nak calit lipstik kat bibir. Tak sekata dan tak cantik jadinya.

APA PUNCA BIBIR JADI MEREKAH?

Kulit bibir sangat nipis dan sangat terdedah pada unsur-unsur pencemaran termasuk cahaya matahari, keadaan sejuk dan bahan kimia dalam alat solek bibir. Bibir mudah kering kemudian mengelupas dan merekah hingga bibir jadi pedih.
Bibir tidak mempunyai kalenjar peluh atau kalenjar minyak, jadi bibir kita tidak dapat melembapkan bibir dengan sendirinya tapi pelembap bibir semulajadi dapat membantu.

bibir merekah / kering


Tips yang kami nak share ni ialah teknik baik pulih bibir merekah yang korang boleh buat sendiri kat rumah.

1.       GUNA BALM BIBIR YANG BERKUALITI DARI BAHAN SEMULA JADI

Sesetengah pelembap bibir mempunyai bahan yang tak sesuai pada bibir kita. Sebab tu bila ada yang guna pelembap bibir, bibir masih kering malah lebih kering dari sebelum guna pelembap bibir. Betul tak?

Contohnya, ada pelembap bibir yang mengandungi pudina. Memang bila pakai pelembap bibir jenis ni rasa sejuk nyaman je pudina tu, tapi selepas tu ia akan buat bibir kering dan melecet. Antara bahan-bahan yang ada dalam pelembap bibir yang boleh mengeringkan bibir ialah:
·         Menthol
·         Camphor
·         Phenol

Elakkan produk pelembap bibir yang mempunyai pewangi kerana bahan ini juga boleh mengeringkan bibir korang. Antara bahan terbaik yang perlu ada dalam pelembap bibir yang baik ialah:
·         Petroleum (petrolatum)
·         Lanolin
·         Beeswax
·         Ceramides



2.       GUNA TEKNIK RAWAT BIBIR DARI BAHAN SEMULA JADI

Terdapat beberapa bahan semula jadi yang korang boleh guna untuk rawat bibir merekah. Mungkin antaranya sudah ada kat dapur korang.
Untuk legakan bibir merekah dan luka, sapukan bahan-bahan ini terus pada bibir:

·         Aloe vera – gel semula jadi ini dari tumbuhan aloe vera. Ia mengandungi vitamin, mineral, anti-oksidan dan anti-radang yang mampu legakan dan pulihkan bibir merekah.
·         Minyak kelapa – dibuat dari kelapa asli hingga jadi minyak, kehebatan minyak kelapa ni mampu legakan keradangan kulit (terutama bibir merekah dan luka) kerana ia merupakan emolien yang boleh licinkan dan lembutkan bibir korang dengan cepat.
·         Madu – sangat bagus untuk lembapkan bibir dan rawat bibir kering mengelupas. Madu juga mempunyai anti-oksidan dan bersifat anti-bakteria yang membantu menghalang jangkitan bakteria dari merebak pada bibir merekah dan luka.
·         Timun – melembapkan bibir dengan mendalam, mengandungi vitamin dan mineral mampu buat penampilan bibir lebih sihat dan segar.
·         Teh hijau – kaya dengan anti-oksidan dan mineral, teh hijau juga ada kandungan polifenol yang kurangkakn keradangan. Rendam kantung teh hijau dalam air suam dan perlahan gosokkan pada bibir hingga kulit kering tanggal. Teknik ni dari dulu-dulu lagi orang Jepun dah guna.


3.       GOSOK BIBIR (EXFOLIATE)

Untuk rawat bibir, mula-mula kena la buang semua kulit mati yang ada pada permukaan bibir. Kalau tak, sia-sia je tepek bahan-bahan semula jadi tadi sebab tak ada kesan nanti.

Gunakan scrub bibir yang ringan dan halus untuk buang semua kulit mati. Selain tu, korang boleh jugak guna hujung towel yang dibasahkan dan kemudian gosok pada bibir hingga tanggal semua kulit mati.

Penggunaan berus gigi baru yang lembut juga membantu dalam proses exfoliate ini. Gosokkan dengan perlahan pada bibir setiap kali sebelum tidur.


4.       MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA

Akibat kurang minum air akan menyebabkan bibir jadi kering dan cepat merekah. kalau nak tahu badan kita ni kurang air:
·         Rasa haus
·         Mulut kering
·         Sakit kepala
·         Pening-pening

Jadi disarankan untuk minum air masak secukupnya mengikut cara hidup harian anda.


5.       GUNAKAN PERLINDUNGAN BIBIR TERBAIK

Perlindungan bibir ni termasuklah serum, vitamin E, pelembap bibir yang ada di pasaran yang menggunakan bahan semula jadi dan bebas kimia berbahaya. 

Sebelum pakai sebarang solekan pada bibir, pastikan calit bibir dengan perlindungan ni dulu untuk elakkan bibir kering.

Antara perlindungan bibir terbaik yang mudah dapat di Malaysia ni ialah Magic iLips.

Magic iLips (RM 35.00)



Untuk mendapatkan Magic iLips ni boleh klik pada link di bawah:


2. Shopee











Comments

Popular posts from this blog

Kaki Skodeng Pasang Kamera Dalam Tandas Perempuan??

FAKTA MENARIK TENTANG BIBIR

Tips Dapatkan Bibir Cantik Macam Neelofa